::Followers ♀♂ ::

[the art of pen spinning ]

halu..halu..halu..
Assalamualaikum..

Siapa tahu main pusing-pusing pen/pensel kat tangan?
yang simple-simple biasa lah kan..
for this entry, i'll talk about
'the art of pen spinning'



History: tiada yang konfem..ni serba sedikit:-
1) Ade rekod awal yang mengatakan pen spinning datang dari seorang pelajar dalam pra-perang dunia ke-2 di jepun. (Asahi Shimbun, 31 Januari 2008, halaman 37)

3) Setakat ni takda lagi dokumentari untuk fenomena pen spinning ni Akan tetapi, ramai yang mengatakan daripada Jepun. Sebab yang power-power pon semua orang sana. Antara yang terawal yang ada dalam rekod wiki, Hideaki Kondoh, dia pert.

Mula-mula dia ada tengok orang main (orang tu takde rekod nama die, padan muka), dia nampak pen spinning ni macam mengarut, pastu ada kawan dia ajak, pastu dia pon main lah yang basic-basic je pun. Adalah dalam 2-3 skill. Pastu, dia jadi cikgu dia ajar murid dia pulak. (Eloklah tu kan dari murid die pergi pecahkan pintu toilet. hahah) So, dia adalah tambah lagi 1-2 skill.



4) Sejak dari tu, aktiviti bermain Pen Spinning ni berkembang pesat bak cendawan selepas hujan. Dan bermula dari 2006, website-website Pen Spinning bertambah dan bertambah.

5)Memang ramai mengatakan Pen Spinning rekaan Jepun, tapi idea tersebut asal dari China. Dalam beberapa ratus tahun dulu, Jepun cuba memanipulasi pergerakan penulis kaligrafi China yang menggerakkan dan memutarkan tangan dan pergelangan ketika memegang pen kaligrafi tersebut.

6)Entah lah nak, pakcik pun tak pasti mana yang benar, tapi ni serba sedikit lah. Pasal pakcik pun rajin dok main pen ni time sekolah form4-5 dulu. huhui

7) Sekarang dah ada berpuluh-puluh skills (mungkin ratus) dan combo dalam bermain pen spinning ni.

8) Hobi masing-masing. suka hati lah orang nak hobi apa pun. Ada orang hobi dia tengok mesin basuh berpusing, ada orang hobi dia tengok lembu makan rumput. hangpasaipa. okbye.


Its idea from = China

Invented and studied by = Japanese

Popularized by = Americn
Popular in = Asia


*entry ni dalam draft 4tahun lepas kot. 
ni aku bosan check balik edit sikit post.
rindu jugak zaman blogging dulu.
lepas ni abang belanja video tutorial cara main pen spinning ye. hoho

[ Real Video salji turun. di Indonesia.. ]

Assalamualaikum..
Halu..halu..halu..

Salam sejahtera salam satu bolgger.
kali ni just nak share tentang kepentingan buat simple research or kajian ringkas tentang sesuatu sebelum kita maen share or sebarkan tentang sesuatu itu.

kalau kita maen share je tanpa usul periksa, dan benda yang kita share tu memang tak betul, ataupun salah, atau pun dusta belaka, kita akan terasa betapa dodol nye kita ni..

kalau benda betul dan baik, memang lah amat  digalakkan. dan kalau orang lain pulak sebarkan..
inshaAllah, pahala ilmu yang bermanfaat itu akan sentiasa diperoleh.

ahah, ni ada satu video yang tak berapa baru, tapi macam cool lah..


macam tu lah video nya..kalau dah tahu lame, sorry lah..
sebab ni baru saya tengok orang dok share kat facebook. hehe

sebenanye video ni dah lame orang upload kat youtube..tapi sekarang ramai re-upload balik..
video ni memang real ! tapi cerita nya.. tidak..

macam mana nak tahu real ke tak?
cube try cari tengok camne..apa yang korang dapat..
apa pendapat korang.. and apa reason nya..

nanti share lah kat komen ye, kot-kot same ke, laen ke. hehe
berlainan pendapat itu kan penting..



*kenapa berlainan pendapat itu penting?
*nantikan kemunculannya di entry yang akan datang.
*wuu~

[ berakit-rakit ke hulu dulu ye makcik ]

halu..halu..halu..
Assalamualaikum..

Tengkujuh mendatang menyebabkan banjir di sebelah pantai timur semenanjung banjir or bah.
Ramai jugak kawan-kawan aku kat belah-belah sane.. memang teruk katenye..
semoga diorang tabah mengharungi ujian Allah ni..
and semoga tiada kerosakan dan kerugian teruk berlaku. Amin..

ha,.. bagi sesape yang tak tahu lagi cite pasal rumah rakit ni.
aku pun kakak aku cerite..kadang-kadang terlepas pandang..
ni nak ceghite pasal sorang Makcik Enggineer ni..
bukan anak die tau..die tu Ibu tunggal..namo ae Hanisah Mat Sarif, umur 45tahun..
die mule buat rumah rakit dari tahun 2005..aggaran dalam RM4000.


macam banyak jugak kan, tapi kalau nak dibandingkan dengan kerugian yang perlu ditanggung setiap kali banjir lagi besar..kalau dah kena 2-3 kali.. pokai kot..


haa, kite boleh lah ambik iktibar.. pengajaran..ambik perhatian.. or ambik jelah ape-ape yang korang nak..
sediakan payung sebelum hujan, sediakan rakit sebelum banjir.
yang paling penting,
sediakan amalan yang cukup sebelum mati.


*semoga kita berjaya dunia akhirat amin,

[ Apa jadi bila dah lame kite tak blogging? ]

aha, halu..halu..halu..
Assalamualaikum..

Merujuk tajuk di atas..nampak macam nak tanya pun ade..
rase macam nak jawab sendiri pon ade..
atau pon kedua-dua sekali..

biar aku jelah yang taip ye, sebab memang aku yang tengah taip pon.
eerrrrrmmmmmmmmmmm~ amboi panjangnye 'erm' aku ni.. fikir panjang ni..
aha, apa yang jadi bile dah lame tak blogging or update..
(teruk betol rupenye. tak ensem macam aku jugak.haha)
  • Petama-tama view or stats dah konfem decrease.(amboi speaking)
  • Kedua-dua nye..aku dah lupe dah care naip entry..
  • Mesti dah ramai blogger yang femous amous yang bebaru..
  • Mesti banyak cerita hangat pasal bloggers aku terlepas..
  • Dah konfem followers aku dah tak perasan diorang penah datang blog aku ni.hewhew.
  • Lagi ape ye..haa. cube korang gitaw..
Entry ni kira macam nak mula balik lah blogging konon nye kate ko..haha.
mari lah kite ramai-ramai kembali blogging dengan berkhemah..
boleh mengurangkan masalah gejala sosial yang semakin sial sekarang ni.
adui.okbye.

*mencari rentak or care or momentum or idea or keselesaan 
or laen-laen yang berkaitan untuk kembali berblogging ni.
*segala kesulitan dah terkasar bicara harap dimaafikannyeadoi.

[ Artis youtube baru ]

halu..halu..halu..
Assalamualaikum..

kali ni aku nak share artis youtube baru..Amer Al Asraf..
pelajar Uitm Kuala Pilah..selalu jugak die wat show event uitm..
and yang buat aku nak sharenye pun, sebab die kawan serumah ngan aku..tido pun sekali xD
ni ade cover-cover beliau..


(Ni lagu Hafiz yang baru tu)


(Ni lagu JB yang baru tu)

(Ni lagu Pink ngan vokalis Fun yang baru tu)

( Ni lagu Stacy yang tak bape nak baru tu, die amen gitar je dalam ni)

*Production kawan die, SyedFaeez (Maen keyboard tu).

[ LAGU :Menjelang pilihanraya & Pilihanraya Pertama (retro) ]

halu..halu..halu..
Assalamualaikum

Ni ada lagu pilihanraya yang old skool..pilihanraya yang pertama tu..memang rare..and klakar pon ade..
Lirik die pon best & adil.. jemput dengaq naa..





















Ni pulak lagu Hari Raya yang telah di'pilihanraya'kan oleh Mr.Bie..
*kalau tak kenal Mr.Bie boleh lah meluncur di google or youTube ye..




*JANGAN LAH KITE BERGADUH KERANA BERLAINAN* FAHAMAN POLITIK


*Berdebat takpe..hehehe
*If u know what i mean
*till then, Lulz~

[ Bukit Broga yok~ ]

halu..halu..halu..
Assalamualaikum..

Aha, kali ni naik bukit je,  Bukit Broga...aritu Gunung Datuk
Tapi, takde lah senang sangat..lagi-lagi kalau pakai kasut biase buat pkai pegi kelas..
licin jugak lah, ade jugak lah tergelincir cket..time naek ok, time turun die laen cket..
tapi ade je aku tengok orang naek pakai selipar jepun..
erm, mungkin selipar tu kuat, cengkam dan mahal kot..haha

(Ni dari pandangan atas. ramai kot, seb baek time kitorang g aritu tak ramai)
pict credit to www.simonlwc.com

Kitorang pergi aritu hari Isnin, memang tak ramai lah.. mule-mule sampai lagi lah.. satu kete pon takde..
kitorang first group..bunyi cengkerik je dengar..tu pon cket-cket je..
engat ade masalah ke..salah tempat ke, tp ade kawan yang penah gi ckap memang situ..
penjaga tempat parking tu pon takde..macam cite niyang rapik pulak rasenye..haha
lampu pon pakai lamu fon je..jadi lah dari takde kan..
Bila dah naek atas baru lah ade 4-5 group manusia laen sampai..


Ni ade nasihat ringkas kalau nak naek Broga..
~makan lah cket, roti pon jadi lah..
~bawak bekal cket, coklat ngan air mineral pon jadi lah..
~sebelom naek tu, kena lah bersenam 2-3 hari sebelom tu..
~maen futsal terbaek. haha :D

Stage 2.
credit to Encik Batu yg tolong snap pict ni.hahah

Stage 3
credit to abang epal dari mane tak sure.haha

(Perlumbaan yang sengit)
(Aspar vs Amer al vegas.hahah)

*Harry Potter wannabe.
Peace yo. (^-^)v

*Gunalah kayu dan batu loncatan untuk bergambar.
* jumpe lagi kat bukit or gunung laen pulak ye.
* abang aku dah sampai puncak Kinabalu kot.

[ result SPM tak cemerlang? dont worry ]

halu..halu..halu..
Assalamualaikum..

Buat adik-adik yang baru lepas ambik keputusan SPM dan yang akan ambik SPM tahun ni dan tahun-tahun yang akan datang, ni ade lah nak cerita cket..

Keputusan yang cemerlang tak semestinya akan membuatkan hidup kite cemerlang.
Memang kite akan rase tertekan cket kalau dapat result yang tak okay..tu tak boleh nak nafikan lah..
Orang sane tanye, orang sini soal, orang situ berkata dan laen-laen orang lah..serabut dibuatnye..
tapi..

Ni nak cite, ramai je yang dapat keputusan cemerlang tapi:~
  • tapi kerja pon same je jugak macam..
  • tapi nak cari keje bukan maen susah macam..
  • tapi perangai lebih teruk dari..
  • tapi tak berjaya macam..
  • tapi tak hensem macam..
  • tapi ..
  • tapi..
  • banyak lah tapi nye..nanti jumpe lah tu..
Sebenarnye, nak cakap tu je..keputusan cemerlang tak MENJAMIN kejayaan kamu di dunia ni, apekan lagi di akhirat sane.. kalau ramai sangat keputusan cemerlang pon tak stabil lah dunia ni...
cube kite bayangkan, 99% pelajar ambik SPM straight A's....
ha..ape yang jadi ye?mano lah den tahu, sume orang bayangkan laen-laen kan..hahah

Sambung je belajar ape-ape yang kite minat, or keje je ape-ape selagi halal..
Yang penting ada peningkatan,dan pandai manage,
Bukak kedai burger ke..lame-lame jadi restaurant burger..
Buat shopping online ke, lame-lame jadi macam Zalora ke..
Blogging ke, lame-lame jadi macam BenAshaari ke..
Vlogging ke, lame-lame jadi macam Matlutfi ke..

Ni ada contoh, tak tahu lah macam mane diorang berjaya, nanti aku kaji untuk next enrty ye. :D
ni ada link orang-orang yang mule-mule gagal, tapi dah berjaya,
http://www.onlinecollege.org/2010/02/16/50-famously-successful-people-who-failed-at-first/

and ni ada video baru dari Matlutfi, kelakar dan penuh dengan maksud..hahah :D



[ Nasihat terbaik untuk berhijab (Peninju) ]

halu..halu..halu..
Assalamualaikum..

2-3-4-5 ari lepas, tengah online, terjumpe cite ni kat feeds..
" Muhammad Ali Menasihati Anak-anak Perempuannya Agar Berhijab "


Satu insiden yang berlaku apabila anak perempuan Muhammad Ali tiba di rumahnya memakai pakaian yang agak mendedahkan.

Berikut adalah cerita seperti yang diberitahu oleh salah seorang daripada anak-anak perempuannya:

Apabila kita tiba dirumah, seorang pemandu diiringi adik perempuan saya, Laila, dan saya sehingga ke dalam rumah.

Seperti biasa, ayah telah bersembunyi di sebalik pintu menunggu untuk menakut-nakutkan kami. Kami disapa dengan pelukan dan ciuman oleh ayah.

Ayah saya melihat saya dan beliau berkata sesuatu yang saya tidak akan lupa sampai bila-bila iaitu. 

"Hana, segala-galanya yang dicpta Allah SWT berharga di dunia dilindungi dan sukar untuk kita dapat.


Di manakah kita boleh dapat berlian? Jauh ke dalam tanah, ditutup dan dilindungi.

Di manakah kita boleh dapat mutiara? Jauh di bawah lautan, ditutup dan dilindungi dengan cangerang yang indah.

Di manakah kita boleh dapat emas? Jauh ke dalam lombong, ditutup dengan lapisan dan lapisan batu. Kita perlu bekerja keras untuk mendapatkannya. "

Dia memandang saya dengan mata yang serius. 

"Tubuhmu suci wahai anakku. Kau jauh lebih berharga daripada berlian dan mutiara, dan harus ditutupi dan dilindungi juga. "

*Petikan daripada buku : More Than A hero (Muhamad Ali's Life  Lesson Through His Daughter's Eyes

[ Aku terminat lagu Justin Bieber ~ ]

halu..halu..halu..
Assalamualaikum..

lame tak ngapdate belog ni..
rasa macam dah tak pandai nak update nye pun..adoi..der..ber..

aha, tetibe nak update pulak ni..sebab dah lame sangat..
tapi..tapi..ini pasal justin bibir.. tapi bukan pasal die, pasal lagu die..
tetiba aku macam tersuka lagu baru die ni..
"Nothing Like Us"
macam best lah pulak..and disebabkan lagu die yang ni, aku dah kurang cket lah tak suke kat die tu.. hehe
layan~





*aha, rasa macam nak buat cover lagu ni lah pulak~ wuu~ bajet~

*aku nak cube update banyak cket lah lepas ni, support ye..(kalau ade orang bace lah)haha

[ Sungai Warna Hijau ? : PTG2 ]

halu..halu..halu..
Assalamualaikum..

Kali ni aku share cite pasal sungai berwarna hijau..
apa reaksi korang kalau tengok depan mata? aku pon tak tahu sebab belum pernah sampai lagi..
mule-mule ade jugak terlintas kat dalam kepala otak aku, entah-entah ade kilang or orang2 yang tuang bahan kimia, pewarna or something like it kat dalam sungai ni.. tapi..memang ade pon..ter lah tapi..bukan sengaja.
tapi lagi, diorang terkejut kehidupan semua rileks je macam takde ape-ape..kire tak bahaya lah..
ushar cket~



Sungai ni terletak di Goldstream Park, Kanada.
Menurut kementerian alam sekitar kat sane, apa yang menyebabkan air sungai tu jadi/ kelihatan berwarna hijau ialah tindak balas kimia dalam air yang dikenali sebagai "FLUORESCEIN".. tu yang ada warna hijau fluoresent kot.. tapi, jangan risau, bahan kimia tersebut tak mengandungi toksik & tak menjejaskan habitat semula jadi kawasan sungai tersebut.. dan lagi penting, takde alkohol,
so, sape terniat nak minum tu, lai lai, kita minum bersama..haha :D


mesti macam teruja je kan..disebabkan bahan kimia tersebut tak mengandungi sisa toksik, jadi sungai ini tak dikategorikan sebagai tercemarlah kan.. lagipun, boleh jadikan tarikan pelancong lagi..
disebabkan aku pon macam tertarik, aku nak masukkan dalam senarai tempat yang aku nak singgah satu hari nanti kalau ade rezeki.. :D

ape-ape pon, Subhanallah n hijau tetap best, tengok entry ni, GREEN IS HIJAU. :D

[ yeah, hepy belated ramadhan ]

halu.halu.halu..Assalamualaikum..

sedar tak sedar ramdhan menjelma kembali..
and sedar tak sedar jugak dah masuk 12 hari ia berlalu..
and sedar tak sedar dan bulan ogos kan..

tapi rase nye tak terlambat nak ucapkan selamat berpuasa wahai blog ku yang ku sayangi..
dan kawan-kawan yang jugak disayangi..
kesian kat blog aku ni, dah lame tak di update..memang out to date betol lah.hahah

bile bulan puasa je mesti ade orang yang cakap sumthing like this,
"oi, bawak-bwak lah bertaubat, bulan puasa ni.."
then ade lah jawab nye..
"aku bukan hipokrit lah..memang aku macam ni.."

kedua-dua nye memang betul..bagi aku lah..
tapi ade tapi nye..
aku pun tak tau nak cakap tapi ape..
tapi yang penting..bulan yang penuh dengan keberkatan ni,
jom lah kite same-same jadikan sebagai batu loncatan untuk menjadi lebih baik..
bukan jadi baik terus.. pelan-pelan kayuh..
Allah lebih suke orang yang buat baik tu cket tapi istiqamah daripada,
baik terus betol-betol ni, tapi kojap bonar..

so, selamat beramadhan.. semoga lebih baik dari sebelum-sebelumnye.amin untuk kite.. :)



[ Mandi Lubuk Petai & Panjat Gunung Datuk ]

halu..halu..halu..
Assalamualaikum..

Kali ni just nak cerita pengalaman pertama mendaki gunung yang nyaris tertinggi di Negeri Sembilan, Gunung Datuk, Rembau. Yang tertinggi Gunung Telapak Buruk. Tapi disebabkan ni 1st time manjat gunung, memang terasa betol tinggi die..penat..lenguh.. Adek yang termuntah.. ade yang terjatuh..dan macam-macam lagi..haha

Sebelom kitorang mendaki tu, singgah jap kat Lubuk Petai, mandi air yang agak malas nak terjun..
lawa jugak tempat die..


(mengumumkan ketibaan)

(hanafi, arif, akmal) haha.


(entrance Lubuk Petai) xnampak petai pon. kerbau je banyak. :D


(otw masuk nak mandi manda makan sandwish)



(segar je mate memandang..go planters!)

(seronok budak-budak ni maen air.. )
(AmerJai@Kid@abam asyuk
ni ade muke kau yg tak gelap..hahah)


Gamba gurls mandi takde lah ye.. sebab yang lelaki naek jauh ke atas.. yang perempuan tak tau lah diorang mandi macam mane, kuak lentang ke, pakai tong oksigen ke, naek pelampung ke..tak pun, hanye maen di tebing saje..bak kate pepatah, bagaikan melukut di tepi tebing..hahah.then, dah siap2 mandi, dah siap2 makan..kitorang menuju lah ke Gunung Datuk.


mule-mule engat berkemah kat hutan..baru adventure cket, tapi, atas sebab tertentu, kami menginap kat rumah tumpangan..chalet ke? hahah. siap-siap, lepas magrib, barbikiew time.hahah




( memasing muke gumbira nak makan ayam)


( glow in the dark)


Lepas habes berbarbiekiew, rehat, tido, then baru bangun untuk memulakan pendakian tersebut.


(good sign from cik khamis n saleha gempax)

(Afham Farhan bersama Uitm n.9)

(Abang awan nano yang guide kitorang panjat gunung aritu)


( THE BEST OF THE BEST )
tahniah buat sahabat-sahabat yang telah berjaya naik aritu,
even ade tergelincir, terbongkang, tercungap-cungap..
tapi bile dah sampai kat puncuk ni,
penat tu sume hilang kan :D
hard works paid.
(^0^)

Pergi aritu awal sem, dalam bulan June..sekarang dah nak abes sem..post ni kat dalam draft dah berbulan umurnye..disebabkan oleh kesibukan dan...semestinye kemalasan..tu yg tertangguh je manjang..sampai lah arini..aha, buat kawan kelas C yang tak dapat pergi aritu,mungkin ada missunderstanding, n miscommunication..laen kali buat semua pergi ye. :)

*so, buat anda-anda yang nak mencube, selamat mencube..
mental fizikal persahabatan kena kukuh...
kalau boleh time mendaki tu borak-borak lah..
maen teka teki ke..story-story ke..
nyanyi-nyanyi ke...er, panjang nye entri ni.haha.till then.

[ semlimabermula ]

halu..halu..halu..
Assalamualaikum..

Alhamdulillah, semester 5 dah bermula..
result sem lepas, syukur.. semua lulus..cukup lah dah rase fail sem3 dulu..
meskipun tak dekan..adalah 3 pointer tu..
awal sem, macam biase lah..semua balik lambat..
konon-konon nye, minggu pertama takde kelas lah kan..
semua tempat pon macam ni ke? haha

(berat mata memandang, berat lagi bawak beg nak g kelas)

aha, disebabkan awal sem ni, agak tak bz lah orang kate an..
so, ade lah geng budak kelas ajak memanjat gunung..
haha, Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan..
dekat lah dengan kami punye Uitm kuala pilah tu..
next post kot, den cite pasal pendakian ni..

macam biase ayat awal sekolah and semester ni...
'aku nak buat kerja semua on time lah'
'nak buat assignment betol-betol'
'nak study rajin-rajin'
'nak datang awal kelas'
'duduk depan-depan'

dan sewaktu dengannya..
haha, tengok lah takat mana yang mampu..
pray for me :D
(masih belom terlambat :)

*macam diari pulak ni pun adoi~ haha

[ okbye ]

halu..halu..halu..
Assalamualaikum..

aha, ok bye?
bukan bye kat sesape pon, bye kat sem 4 je..
sekarang pon dah cuti..

ni ade satu kisah, sebenanye dah nak cerita dari hujung sem lepas..
tapi, itu lah..hehe
dulu time sem3 lah, aku gagal satu paper, account. tapi memang dah agak dah sebenanye pon..
so, lepas tengok result tu, macam..'ouh, okay dah agak dah~' tapi sedih jugak lah..haha

mungkin lah kegagalan itu disebabkan oleh persekitaran jugak..
time tu budak umah aku macam tak nak ajak aku study je.. taw-taw dah ilang, study kat kolej..
taw-taw je ilang, study dengan senior..taw-taw ilang je study dengan budak pandai..
kesian lah aku terkapai-kapai keseorangan..
bukan ape aku tak kesah sangat kalau nak tak nak ajak aku, at least gitau lah, nak kuar ke, pergi study ke.. kalau korang hilang ke, sakit ke, ade masalah ke, senang aku nak tolong..
hahah.

(jom study)
tp aku bersyukur jugak lah gagal ni..bukan semua dapat gagal.. kau hado?
kenapa ae..aha, sebab aku dapat kenal dengan lecturer baru..2 orang pulak tu.
dapat lepak or blaja ngan budak kelas lain.. keje buat lawak je..best-best..
tapi even gelak-gelak pon, seriuosly, aku faham je ape yg lect ajar.
time jawab aritu pon konfident je. just ade cket2 jelah terlupa. isyaAllah, pasti lulus.

Aha, yang paling agak penting lah..aku dapat rase kegagalan..
asyik dapat result hebat je.. bosan lah..huhu. (ok, ayat cover je ni)
tapi alhamdulillah jugak, even aku gagal, cgpa ok lagi, 3.33..

hope sem4 ni dpt 3pointer jadi ler..nak dekan sem depan lah kot..
nak blaja betol-betol..haha, (ayat setiap kali nak masuk sem baru.)
tapi kali ni aku betol-betol nak study betol-betol..(ok, ni lagi betol-betol tak betol)

akhir kate, okbye, sem empat. okbye kegagalan, ade mase kalau aku gagal, kite jumpe lagi ye. :D

[ jam tertinggi di dunia ]

halu..halu..halu..
Assalamualaikum..

kali ni just nak share tentang MENARA JAM tertinggi kat dunia setakat ni..
diberi nama, MENARA AL-BAIT (Clock Royal Tower) dekat Mekah..


(lagi tinggi daripada KLCC)

(cool kan)

(subhanallah.. :)

  1. Di bina pada tahun 2004.
  2. Berada sekitar 50 meter dari Masjid Agung Mekah..
  3. Berketinggian 1.970 kaki ( hampir 600 meter)
  4. Ukuran lantai berukuran 4.8 mater persegi.
  5. Terdapat 76 tingkap dan 76 lif.
  6. Menara tertinggi kedua di dunia setelah Burj Khalifa di Dubai.
  7. Di dalam menara terdapat hotel, pusat perbelanjaan, dan ruang konferensi.
  8. Terdiri atas empat sisi, jam ini berdiameter 151 kaki, akan diterangi dua juta lampu LED, dilengkapi tulisan Arab berukuran besar yang berbunyi Allahu Akbar pada setiap sisi wajahnya. Sementara baru satu dari empat sisi jam yang telah selesai dan ditutup dengan 98 juta lembar kaca mosaik.
  9. Jam dapat terlihat lebih dari 25 kilometer
  10. Enam kali lebih besar berbanding jam Big Ben di London.
  11. Warga Mekkah juga akan diingatkan waktu salat lewat lampu hijau dan putih, yang menyala lima kali sehari. (ade dalam gambar tu)
  12. Di bina oleh syarikat hartanah terbesar di Arab Saudi iaitu Bin Laden Group.
  13. Ade "specialize lighting system" untuk elak kena panahan petir..
Untuk sesape yang minat nak tahu lebih details, dan ade internet yang laju.. boleh tengok video ni..

(memang awesome :D )

bagi sape yang dah tahu, bagus.. bagi yang belum tahu..
jemput lah ambil tahu ye, ni kire kehebatan dan kebanggan umat Islam jugak lah.. (^^,)
bagi yang dah tengok depan mata, jeles lah aku..hehe
insyaAllah, i'll be there some day. :)

[ bukan semua ]

Halu..halu..halu..
Assalamualaikum..

untuk entry kali ni, aku nak ketengahkan pasal BUKAN SEMUA..
aha, ape yang korang faham pasal bukan semua..
mestilah faham kan..
at least letak lah perkataan "kebanyakan"..

1st, LELAKI/PEREMPUAN

"lelaki semua same je! kerja nak tipu perempuan dan maenkan hati perempuan je!
kate-kate je manis, tapi penuh dengan penipuan..."
"semua perempuan same je bro, kalau tengok lu duet banyak laju je diorang"

1st, memang lah semua lelaki tu same.. semua ade satu nafsu dan 9akal.. tapi bahagian yang belakang tu... tak patut.. mane ade semua lelaki kerja nak tipu perempuan je.. mane ade semua lelaki asyik mainkan hati perempuan je.. so, jadi aku wakil daripada lelaki-lelaki yang tak buat kerja macam tu, ingin menyampaikan ketidak puasan hati.. bak kate ex aku, yuna, 'ini tidak adil..tidak adil bagiku~'


next, POLIS
"polis? haha, kuat makan rasuah..hulur je, nanti lepas lah.."
"polis, sesama melayu berani lah.. dengan cina, india.. goyang"
"polis nampak je orang pakai kopiah, serban mula lah nak syak..apo da~"


memang lah ade certain polis yang macam tu.. buat nye ade sedara mara kau polis..
ayah membe kau polis.. tak ke bengang dibuat nye..tak pasal-pasal kau yang jadi pasal..then, kalau jadi ape-ape, rompak, rogol, ragut, bunuh.. call sape je pon? polis jugak kan..

after that, COUPLE

"wah, ade awek ye sekarang.. untung lah.. boleh gossip ni"
"wei, chat dengan sape tu..oooooooouh~"
"aha, cer kau tengok budak tu, keje nak dating je."


aha, sumthing like that lah.. padahal bukan ade ape-ape pon..
mane lah tahu diorang ade urusan penting, belajar je..bisness ke.. motivasi ke..
kalau budak-budak yang cakap tu takpe lah..diorang memang noob.. ni jenis yang dah besar panjang..fikiran tak bape nak matang.. aha, kalau perempuan tu pakai tudung lagi lah kena bahan..

seterusnye, BUAT BAIK/MENONJOLKAN DIRI

"hahah, nak tunjuk baik lah tu..depan perempuan"
"alah kau, tak payah nak jadi ustaz sangat lah..aku tau lah perangai kau macam mane"


In case lah.. memang dia seorang je yang reti buat, or ade keyakinan nak buat.. (selalu terjadi dalam aktiviti berkumpulan) then, kalau kite cakap cket pasal agama.. ah, mule lah.. memang ade yang nak tunjuk baik..or hebat..nak perhatian.. at least....kan.. kalau kite mengata, free dosa dah dapat..


aha, banyak lagi rase nye kes-kes macam ni.. nanti dah teringat buat versi kedua pulak ye..hehe.
yang penting sebelum kite kate or post ape-ape..hati-hati lah ye.. kite bukan kenal sangat sesape kat keliling kite.. dalam friend list.. or sesape pon.. kalau bertuah kena salah orang, silap-silap makan nasi pakai straw seminggu.

~till then.
dah agak lame tak update, so kehebatan berkarya tu dah berkurang cket..sorry.
padahal memang tak hebat pon.ngeh3~

[ ww9: sweet swan family.. ]

halu..halu..halu..
Assalamualaikum..
for this ww, here the pict that i've edited.

what is your opinion about this picture and quote...
till then.. :)

[ bile mase aku intai orang ]

halu..halu..halu..
Assalamualaikum..

aha, kali ni den bukan nak share pasal intai-mengintai yo..
just nak cite pasal satu penyakit ni..
ado yang panggil ketumbit and ade yg panggil tembel..

(yang ni mato den time sehat..heheh)

aritu den ade keno cket..cket jolah pon..
so, apo laei..kawan-kawan den.. pakat dok cakap,
"wei, kau intai sape ni doh?" dan sewaktu dengannye..
kalau lalu kat depan gegurl risau gile diorang salah anggap..
"isk2, ngendap sape lah budak ni~"

Seriously den takdo takde ngondap sesapo pon....
paling-paling pon stalk orang kat facebook je, hahah.

Ikot kajian sains, ia jadi sebab kekurangan vitamin E..
den raso rase, hari-hari den tolan vitamin E..

Ni ade petua cket untuk masalah ketumbit or tembel ni:~

1.potong seulas bawang putih, then, potong hujung dye, picit bagi keluar cecair, letak-letak je kat tembel or ketumbit tu. letak 3-4 kali sehari.. (ni terbukti berkesan, penah cube, ayah aku ajar)

2.Tuam dengan air panas..

3.Ambil air dari pucuk bemban, then, campur dengan hempedu ikan haruan. lepas tu tumbuk halus-halus, letak kat mata tu..kalau air dye masuk dalam mata pon ok.

(ini gambor dari mr.google)

yang penting.. jangan lah kite membahan kawan-kawan kite yang terkena penyakit ni..
gurau-gurau kalau sekali dua boleh lah.. takot yang jenis panas baran.. habes..
tak pasal-pasal ekau pulak yang dapat ketumbit besor punye..heheh

*tapi kalau dah tak tahan sangat, poei ajo lah korek.. tak pun cungkil je ketumbit tu guna pisau.. ngehngeh~

[ WW8= ktm ]

halu..halu..halu..
Assalamualaikum...





gambar-gambar ni jelah, cukup untuk memahai perasaan aku..
out~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

As a traveller in this temporary world full of lies.

Daisypath Happy Birthday tickers