::Followers ♀♂ ::

Showing posts with label i love islam. Show all posts
Showing posts with label i love islam. Show all posts

[ jam tertinggi di dunia ]

halu..halu..halu..
Assalamualaikum..

kali ni just nak share tentang MENARA JAM tertinggi kat dunia setakat ni..
diberi nama, MENARA AL-BAIT (Clock Royal Tower) dekat Mekah..


(lagi tinggi daripada KLCC)

(cool kan)

(subhanallah.. :)

  1. Di bina pada tahun 2004.
  2. Berada sekitar 50 meter dari Masjid Agung Mekah..
  3. Berketinggian 1.970 kaki ( hampir 600 meter)
  4. Ukuran lantai berukuran 4.8 mater persegi.
  5. Terdapat 76 tingkap dan 76 lif.
  6. Menara tertinggi kedua di dunia setelah Burj Khalifa di Dubai.
  7. Di dalam menara terdapat hotel, pusat perbelanjaan, dan ruang konferensi.
  8. Terdiri atas empat sisi, jam ini berdiameter 151 kaki, akan diterangi dua juta lampu LED, dilengkapi tulisan Arab berukuran besar yang berbunyi Allahu Akbar pada setiap sisi wajahnya. Sementara baru satu dari empat sisi jam yang telah selesai dan ditutup dengan 98 juta lembar kaca mosaik.
  9. Jam dapat terlihat lebih dari 25 kilometer
  10. Enam kali lebih besar berbanding jam Big Ben di London.
  11. Warga Mekkah juga akan diingatkan waktu salat lewat lampu hijau dan putih, yang menyala lima kali sehari. (ade dalam gambar tu)
  12. Di bina oleh syarikat hartanah terbesar di Arab Saudi iaitu Bin Laden Group.
  13. Ade "specialize lighting system" untuk elak kena panahan petir..
Untuk sesape yang minat nak tahu lebih details, dan ade internet yang laju.. boleh tengok video ni..

(memang awesome :D )

bagi sape yang dah tahu, bagus.. bagi yang belum tahu..
jemput lah ambil tahu ye, ni kire kehebatan dan kebanggan umat Islam jugak lah.. (^^,)
bagi yang dah tengok depan mata, jeles lah aku..hehe
insyaAllah, i'll be there some day. :)

[ doodle new year wish ]

halu..halu..halu..
Assalamualaikum..

2012 just around the corner..
bagi mengakhiri tahun ni, den nak wish kat korang gunakan...err, yang lukis-lukis tu orang panggil doodle ae? macam pelik je..macam dodol.. tak kesah lah.. ni lah hasil karya apabila..
paint sai tool + phostoshop + kepale otak aku ..
kalau ade kesilapan inform kat den tau! :D
english pon tak hebat sangat..huhu.


*aha, memang tak baek sambut tahun baru 1st january kan?
tapi kalau nak tengok bunga api je boleh tak?
see ya next year. (=

[ simple story: jaga pandangan ]

halu..halu..halu..
Assalamualaikum..

kali ni nak share cerita pasal... jaga pandangan dan jangan bersangka buruk dan laen-laen lagi yang korang rase ada lah.. :)

(gambar hiasan)

‎"Abang,tadi kan masa kat sekolah,kawan Syifa' cakap abang sombong..diorang cakap abang ni tak 'sporting' langsung..abang tak pandang diorang pun masa Syifa' kenalkan diorang kat abang masa sukan hari tu..",kata Syifa'
"Oo..tak pe lah kalau macam tu.."ujar Ahmad sambil menyambung menulis di blognya.
"Tak pe abang kata?..Kenapa abang buat macam tu? Malu Syifa' sebab diorang kata abang Syifa' sombong,poyo lah.."

"Syifa'.. ada sebabnya kenapa abang buat macam tu.."
"Kenapa bang? Cuba citer..Ke sebab kawan2 Syifa' tu buruk benor,sampai abang tak sanggup nak tengok? Hehe..",ujar Syifa.
"Isyh,tak de lah..semua ciptaan Allah tu cantik..macam ni,sebenarnya abang malu nak tengok diorang sebab Syifa' sendiri nampakkan pakaian mereka macamana?..dik,abang ni lelaki..dah besar bukannya sekolah rendah lagi,dah boleh kahwin dah pun..hehe..",ujar Ahmad.
"Amboi,dah fikir nak kahwin dah ni..kena cakap dengan mak ni..hehe..tapi bang,Syifa' tak fahamlah apa maksud abang?",tanya Syifa' lagi,sambil menggaru-garu kepalanya yg tidak gatal.

"La..awatlah adik abang yang dah tingkatan 4 ni 'pending' lagi?",usik Ahmad.
"Hmm..ye lah..Syifa' sedarlah Syifa' ni lambat pick-up...tak macam abang..maklumlah orang dah lepas ijazah lah katakan..",rajuk Syifa'.
"Alamak dah merajuk pulak..k lah..Syifa' dah besar kan,jadi abang akan cakap direct to the point je..dik,abang ni manusia biasa,bukannya macam malaikat yang tak da nafsu,sebab abang takutkan Allah lah abang tak pandang diorang,abang tak kuat dik nak lawan hawa nafsu,abang tau iman abang tak sekuat n setanding iman nabi Yusuf a.s..",jelas Ahmad lagi.


"Maaf bang,Syifa' tak terfikir sampai macam tu sekali pun..apa pun,terima kasih bang sebab Syifa' dapat input baru lagi hari ni..",ujar Syifa'.
"AlhamduliLlah..Tak da apalah dik,Syifa' dapat input tu pun dari Allah,Allah yang bagi Syifa' faham,bukannya abang..jadi,lepas ni,kalau kawan Syifa' nak cakap abang itu ini pun abang tak kisah,sebab kita hidup kat dunia ni bukan nak cari redho manusia,tapi kita diciptakan untuk cari redho Allah.."

"Ya Allah,terima kasih sebab kurniakan Syifa' seorang abang yang soleh..siapalah yang dapat jadi teman hidup abang nnti? untungnye..Nasib baiklah aku ni adiknya..hehe..",kata Syifa' sendirian sambil tersenyum.
"Uit,ni kenapa tersengih macam kerang busuk pulak ni?,tanya Ahmad.
"Hehe..tak da apalah bang,Syifa' minta diri dulu ye..assalamualaikum bang..",kata Syifa' sambil berlalu pergi meninggalkan bilik abangnya.
"wa'alaikumussalam w.b.t..


*memang nampak macam agak susah nak jage pandangan ni, tapi ape salahnye kite cube.

[ imam muda terlampau ]

halu..halu..halu..
Assalamualaikum..

sape kenal imam muda asyraf?
okay..sape tak kenal?
okay..kalau tak kenal, agak patot lah mengenal kan beliau..
daripada artis-artis yang tak semenggah di luar sana..

semalam, 16 disember 2011, beliau datang ke utim kuala pilah..
ade budak kolej yang anjurkan.. mule pukul9 and habis dalam 11 lebih..macam tak cukup je..
budak yang anjurkan tu request tajuk,
"Revealing the truth behind the sexual orientation" pastu dye ade share-share pengalaman dye cket..cite-cite..


dye ade pergi majlis LGBT.."tak tahu? ouh, orang kuala pilah, patutlah" (ayat kerek beliau)
LGBT: lesbian, gay, bi, trans..
1st time dalam sejarah malaysia rasenye, katenye, ustaz-ustaz/orang-orang agama pergi ke majlis macam tu..
majlis LGBT tu, dye macam kumpulkan kaum-kaum dye dari semua bangsa and agama.
diorang jumpe balik bekas-bekas or yang dah bersara, sape yang ade hiv semua..
sesi luahan perasaan and kongsi masalah lebih kurang..


(dirembat dari facebook melinchomot, haha)
beliau kate, bile dye and kawan-kawan ustaz masuk ke majlis tu, sambutan macam meriah,
sebab 1st time orang-orang macam tu datang..
ade sorang lelaki share kat beliau, "saya dah kahwin, dah ade 2orang anak..tapi tak lame kemudian, cari lelaki balik.." naluri kepada lelaki tu kuat..haha.

"sekuat-kuat ombak tsunami, kuat lagi ombak rinduku~"

"cube bayangkan lelaki mengandung, tok imam sambil gosok perut suruh rapatkan saf~ haha.(antara ayat lawak beliau, banyak lagi)


parent kena mainkan peranan yang besar...
didik anak lelaki seperti seorang pahlawan..
anak perempuan tak engat..haha. kire macam lebih keperempuanan lah..

"Kita kena ikut iman, bukan naluri (nafsu)"
(Imam Muda Asyraf, 16 Disember 2011, UiTM Kuala Pilah)

ape-ape pon, ustaz/ imam muda asyraf ni memang terlampau..
terlampau best, awesome and kelakar! :D
untung lah sape dapat jadi isteri dye..aww~
oh man! den lelaki normal lah!
haha, till then.

(budak lelaki NR yang datang, dalam 8 orang je, aku bangga jadi one of them)

[ iklan hudud ehem vs iklan hudud hmm ]

halu...halu..halu..
Assalamualaikum..

Aritu kan banyak yang kecoh-kecoh pasal hudud kan..
tolak lah terima lah..
tak sesuai zaman sekarang lah..
tak adil lah..
isk3.. aku pon sedih ade umat islam yang kate macam tu..
even aku pon memang tak baek mane...dosa bersepah jugak..

ni ade dua video pasal hudud..
1st, lu korang fikir lah sape yang buat..tak pon search kat youtube sape yang sponser.
yang 1st ni memang teruk..dok bahan kutuk hukum Allah dan ulama..
dengan aurat nye tak tutup..parah-parah... korang fikir lah sendiri.. malas den nak cakap..
KALAU BOLEH..nak belasah pon ade jugak..huhu



ni 2nd video,(ade matlutfi)
Aha, sejuk cket jiwa ni..
kes sesuai tak sesuai..adil tak adil.. dan laen-laen lagi..semua ada jawapan. :)
maybe ade yang kate, "eleh, takat bla..bla..bla..buat ape~" maybe jelah..
tapi, isi kandungan tu penting bro..
tak payah nak pertikai kan sangat lah hukum ni..


huduh hukum Allah, bukan manusia..
tolak hukum Allah, batal akidah.


jom same-same muhasabah diri :)
correct me if am wrong.
semoga kita berjaya dunia akhirat.
till then~

[ pelangi itu memang cantik tapi... ]

halu..halu..halu..
Assalamualaikum..
kali ni just nak share pendapat..
selalu jugak lah nampak org share quote ni..
aha, yeah according to this quote:~
i) rainbow refer to happiness or sumthing good..
ii) rain refer to pain or sumthing that is not good..
bukan jadi ape sangat, just kurang setuju je..
den suke hujan kot.. lagi-lagi time termenung..wahaha..
i means hujan lah..cket-cket.. bukan ribut..gilo ko nak termenung dalam ribut..
pelangi pon bukan tak suke..lawa dan colourfull.
ya pelangi indah..colourfull..melengkung..haha.itu yang nampak..
kalau takde hujan yang turun bagaikan mutiara yang sedikit tu?
maen lah spray air kat bawah matahari, insyaAllah keluar pelangi..(proven)
(macam ni lah den buat time kecik dahulu)
Banyak jugak kebaikan hujan ni..
dari segi sainstifik, fizikal, mental mahupon domestik..hehehe
Hujan buat aku rasa tenang, sejuk, rilex, sayu,sedap layan tidoq, cool, style, romantik dan lain-lain yang tak dapat di ungkapkan dengan kate-kate.. :D
hujan jugak ade banyak kali disebut dalam kitab suci..antaranya, :~
"......dan DIA menurunkan air HUJAN dari langit,lalu DIA menghasilkan dengan HUJAN itu buah-buahan sebagai rezki kamu...." al-Baqarah 22
"....dan ALLAH menurunkan kepadamu HUJAN dari langit untuk menyucikan kamu dengan hujan itu..." al-Anfal 11
"dan Kami turunkan dari langit air yang banyak manfaatnya.. Qaaf ayat 9.
"Apex, angkat kain hujan, jemuran dah..turun~"
p/s: sumpah sedap tido kalau hujan, dan ceria kalau tengok pelangi.
Everything beautiful in their own way. :D i love both rain (more) and the one with bow.
haha,till then.

[ aku mangsa lanun ]

halu..halu..halu..
Assalamualaikum..

Aha, dah agak kelamaan tak kena tag jawab soalan..
kali ni kena tag dari, Budax Lanun..

Term & condition:-
1.You must post this rules..(harus ke? hehe)
2. Each person must post eleven things about themselves in their journal..
3. Answer the question the tagger set for you in the post & creat new questions for the people who you tag to answer..
4.You have to choose eleven people and link them on the post..(harus ke?)
5. No tag bak okay..

Now, 11 about myself :) ~
i.lelaki..
ii.senang nak bergaul & friendly..tak caye jom cube...hehe
iii. rindu kat teknik sepang
iiii. tak suke layan handfon sgt..selalu lupe letak kat mane.. penting saje..
v. suke blogging tapi malas
vi. suke melukis
vii. suke muzik
ix. suke maen pen spinning
x. suke buat lawak even takde orang nak gelak..
xi. erk..dah num berape ni ae? tak tau sangat lah guna nombor roman ni..

Aha, now soalan dari tagger, Budak Lanun :~

1. Apa pengalaman terburuk dalam hidup anda?
Buruk sangat takde lah..kena mercun, kena tolak kat sungai. etc

2. Apa pengalaman terbaik dalam hidup anda?
Terbaik sangat takde lah..putus cinta.. masuk teknik sepang, masok uitm. etc

3. Siapa yang anda minat dalam dunia blog?
dan laen-laen lagi..

4. Siapa yang paling anda sayang?
Allah, rasul, family, friends, musuh.

5. Siapakah tempat anda mengadu?kenapa?
Allah..best, macam-macam ada.
then diri sendiri..memahami
then kawan-kawan/family..semangat
then tumbuhan/haiwan..tenang

6. Siapa lebih penting kawan atau gf/bf?
ape da, mesti lah kawan..hehe. lagipon kalau bf/gf selalunye dari kawan biase jugak kan..so kire kawan lah tu.

7. Pernah tak rasa kehilangan seseorang?
Banyak..hurm.. :(

8. Apakah ciri-ciri suami/isteri yang anda mahu? jujur tau.
Cantik jasmani dan rohani :)

9. Pernah tak menyesal dengan apa yang anda lakukan?kenapa?
Banyak..hurm :(.. sebab berdosa, tak dapat buat semua orang gembira..

10.Apa yang anda tahu pasal cinta?
Universal traveler.

11.Dah berapa kali anda jatuh cinta?
Di sebabkan eden ni sorang yang jujur, adelah dalam...sekali dua..haha

Aha, agak mencabar soalan nye..kalau buat betol-betol, mahu 8 entry agak nye pun..

Now eden punya soalan pulak :~

1. Selalu tido lebih kul 1 a.m tak? kul bape? (saje nak buat kajian ni)
2. suke warna ape? at least 2...
3. macam mane boleh ceburi bidang blogging?
4. sekolah rendah and menegah kat mane?
5. selain mekah, kalau jejalan overseas nak pergi mana?
6. bila last time menangis? story cket kalau boleh lah..
7. suke makan ape?
8. dulu pernah buat suara robot kat kipas tak? huahua
9. jom lepak sesame nak?
10. pernah panjat pokok manggis/rambutan and lepak kat atas tu tak?
11.ok tak blog ni? tolong bagi cadangan nak renovate..hehe

Aha, baru den tahu buat soalan ni susah jugak..hahaha.. sorry soalan level tinggi..haha,
tak jawab pon takpe...saya sedar sape lah diri ini..blogger baru..tak femes.. :'( huhuk (touching pulak)


MANGSA KEADAAN (ni dari list 'Blog i'm following) :~
disebabkan ade tujuh jari je dalam gambo, jadi tujuh jelah kena tag, tak samapai sebelas..hoho, aha,
sape-sape yang dah buat, bagi link jelah ye..
till then. ^^,



[ biar lah blogpot ke claypot ke~ ]

halu..halu..halu..
Assalamualaikum..

malam semalam, housemate umah sewa tetibe je suh aku bagi link blog aku kat dye..
'eh, bile mase dye berminat nie..' aku pon sent lah link blog aku kat dye..
then, 'apex, cube ko try delete huruf S kat blogSpot tu'
aku pon agak terkejut jugak lah cket memula..

sebagai blogger yang agak...
aku pon meluncur internet.. tengok-tengok.. dah lame rupenye..
yang aku jumpe tu, dah setahun lebih tak silap..
sebelom aku join blogging..hehe..
so, dah tau kite ni blogger baru, fikir-fikir lah dulu..
jangan maen post je..

then, den pon cakap kat kawan tu,
'buatnye korang sebar-sebar ni, tetiba ade orang bace pasal bible dalam tu..
then, dye tertarik dengan bible tu pulak.. convert..aha, sape dapat saham dosa? diam sudah beliau..huhu.. sorry bro..

aha, ni ade terjumpa kat blog, fikri[dot]com..
macam mane ntah dye cek.. tak faham sangat.. yang penting,
takde kene mengena dengan BLOGSPOT pon..
kesian dye,, tak pasal-pasal..

lepas tu unique visitor kat page tu pon tinggi sebab apa?
sebab memasing nak try buang s tu..
terbalikkan lah..grr..

( hidup belogsepot! )

before this, yang pasal undian Palestine vs Israel..
bagi yang dah tersebar macam aku, pegi lah cari, delete balik..hehe
memang kite tak tau kan, insyaAllah dapat pahale dengan niat kite untuk Islam.. :)
israel memang kaum yang bijak..
itu tak boleh di nafikan.. besar gile penipuan diorang boleh buat kan..
siot je, bengang pulak den dibuatnye..
jom lah kite doa kan kan Umat islam di Palestine semoga mendapat kekuatan
dan hak mereka kembali.. amin.. Love Peace.. (^_^)



[ suruh diam pon tak boleh? ]

halu..halu..halu..Assalamualaikum..

sempena hari jumaat ni, just nak mengingatkan diri dan kengkawan di luar sane..
terutamanya buat kaum-kaum adam lah..
bagi yang kawan hawa tu, boleh jugak..
engat-engatkan lah kawan-kawan or teman lelaki anda ye..
adik-adik..abang-abang..dan sewaktu dengan nye..

bercakap, borak sembang, time khatib tengah bace kutbah amat lah tak boleh..
teringat dulu ade terbace hadis dekat dinding masjid :-

“ Barang siapa yang berkata-kata apabila khatib sedang membaca khutbah walaupun dengan berkata “diam” (melarang orang lain daripada bercakap) sekalipun, maka luputlah pahala Jumaatnya. Dari itu, diamlah dan dengarlah dengan taat, mudah-mudahan kita semua akan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat”.



kite nak suruh orang diam pon tak boleh, ini kan lagi kalau nak berborak..
ape yang boleh kite buat, paling-paling pon, buat muke cket dekat budak-budak yang bising time kutbah tu..
ade je yang dah dewase..remaja, macam budak-budak..
bukan nak kate den ni beso sangat, tapi ikot tempat lah kan..
then,kalau orang tua pulak berborak, err..cegah guna hati jelah kalau tak berani..
kan itu adelah selemah-lemah iman..

so, harap-harap lah kite semua sebarkan ilmu ni ye..
kalau berani, tolong engatkan tok imam sekali supaya engatkan jemaah lelain ye..
:)


[ April bodoh ]

halu..halu..halu..Assalamualaikum..

kali ni just nak share pasal April Fool.
memang dah slalu dengarkan, tapi nak jugak letak dalam blog ni..
sebab blog ni pon baru je, nak jugak letak info-info.. :)


1st, April fool ni macam yang kite tahu... orang dok pekena orang laen..
gurau-gurauan.. lebih kurang macam wakenabeb or bang bang boom lah kan?
just April fool ni khas pada 1 April..


ni lah serba siket infonye:~

:: ni yang paling simple dapat disimpulkan..
sebenanye, April Fool ni perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara penipuan atau muslihat.. so, sebab tulah, diorang sambut April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan. pastu, cover dengan alasan kononnya hanya sekadar suatu hiburan atapon gurauan belaka.


::bagi umat Islam, Apil Fool adalah tragedi yang menyedihkan.. hari dimana ribuan saudara seislam kita disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. so, obviously memang tak patut bagi umat Islam merayakan April Fool. sebab secara tak langsung, menyambut hari pembunuhan terhadap saudara Islam kita kat Sepanyol tu.


::tanpa kita sedari gejala April fool ni dah semakin menular dalam masyarakat keliling kita..
so, mari lah kita semua ingat-mengingati sesame saudara Islam. :)



sekian.



[ Maher Zain, melayu kah.. ]

Assalamualaikum...dan salam sejahtera.. buat semua makhluk yang membace ini..
kali nie taknak tulis panjang sangat pon..just nak share cket-cket je pasal bro Maher Zain.. :)
ni ade satu ungkapan dye yang best..

(comel tak? )
“I loved the music but i hate everything that surrounded it, it always felt like something wasn’t right”.

ni serba sedikit yang dapat ditranslate..
  • ayah nye merupakan inspirasi music beliau yang pertama..ayah dia ni pon artis jugak, cume tak meletop la..macam dia..
  • time umo dia 10 tahun, dia dah pandai main keyboard..adelah yang bagi kat dia, tapi tak taw sape.
  • then, dye sambung blajo dulu, siap dapat Bachelors degree in Aeronautical Engineering...pehh.
  • tapi dia tetap minat musik, dan terus menceburi bidang nie.
  • memula jadi music producer.
  • dia banyak belajar melodi muzik daripada produser berpengalaman seperti RedOne yang penah berkerjasama dengan bintang Hollywood seperti Akon, Lady Gaga..huhu, seram..
  • penah menang beberape anugerah..mcm AJL kot..
  • dah kawen, *gurl jangan kecewa yew..huhu, ade je brother blogger yang baik-baik. :p
Yang pasal tajuk tu saje pancing..sebab tengok video ni tadi, lagu Insya-Allah dalam bahasa Melayu..enjoy! :)



lirik:-
Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan

::maaf blogger baru::

ASSALAMULAIKUM...dan SALAM 1 BLOGGER...

This is my new blog(tak pernah ade pon sebenonye).
1st off all, ape yg buatkan terasa nak berbelog2 nie, sebab saia telah di desak-ki oleh akak saia...beliau rajin gak lha blogging nie..
Berdarsarkan permerhatian saia(hehe), ramai gak kwan2 saia yang blogger ni..kire macam tertarrik jgak lha dbuatnye..haha.
Better ade blog drpa goblok kan? (hehe),
So pada tanggal  semalam,tarikh 28 Dis,(time ni umo baru 18tahon 18hari) maka dengan pertolongan my sis cket,saia pun ju-on lha komunity blogging ini  ;D

Besides that, blog juga dapat menjalinkan silaturrahim kan. =P


So,rajin-rajin lha berenang2 di blog saia yewp in the future,
Semoga ukhwah yang akan terbina lagi kukuh & tggi drpada bangunan KLCC yewp. Hehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

As a traveller in this temporary world full of lies.

Daisypath Happy Birthday tickers